Random Posts

PANDUAN LENGKAP CARA BELI DOMAIN DAN HOSTING DARI NETKL



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


PANDUAN LENGKAP CARA BELI DOMAIN DAN HOSTING DARI NETKL



Sebelum membina rumah, kenalah pilih tempat dan sediakan tapak terlebih dahulu. Tak gitu? Demikianlah juga kalau korang nak buat website atau blog wordpress self-hosted, kenalah sediakan domain dan hosting terlebih dahulu. Jadi, di sini aku akan tunjukan cara beli domain dan hosting dari NetKL.
Kenapa NetKL?
NetKL ni ialah penyedia domain dan hosting mampu milik. Harga dan servis yang ditawarkan oleh mereka bagi aku adalah terbaik, lebih-lebih lagi untuk newbie. Bukan aku saja yang cakap, tapi ramai juga blogger yang dah pakai servis dorang ni, termasuk aku.

PANDUAN LENGKAP CARA BELI DOMAIN DAN HOSTING DARI NETKL

BAHAGIAN 1 : TEMPAHAN

cara beli domain dan hosting netkl
2. Pilih Hosting > Shared Hosting > For Beginners
cara beli domain dan hosting netkl 1
3. Pilih mySilver X dengan klik Order Now
cara-beli-domain-dan-hosting-netkl-2
4. Masukan nama domain pilihan korang dan klik Check.
Domain percuma hanya tertaktluk pada .com,.net,.org,.biz,.info dan .name
cara beli domain dan hosting netkl
5. Abaikan harga domain dan klik Continue
cara beli domain dan hosting netkl 4
6. Semak Order summary dan klik Continue
cara beli domain dan hosting netkl 5
7. Update Cart sekiranya korang tak nak ID Protection
ID Protection – bertujuan untuk mengelakan maklumat pemilikiran domain dikongsikan di database whois
cara beli domain dan hosting netkl 6
8. Checkout
cara beli domain dan hosting netkl 7
9. Tandakan dan klik Complete Order untuk buat pembayaran.
cara beli domain dan hosting netkl murah

BAHAGIAN 2 : PEMBAYARAN

Setelah klik Complete Order korang akan menerima email daripada NetKL berkaitan tempahan korang berserta dengan no invoice. Buat pembayaran sama ada melalui bank transfer ada cash deposite kemudian attach bukti pembayaran kepada sales@netkl.com.
Semasa membuat pembayaran (sebaik-baik melalui online banking)  gunakan no. invoice yang diemail dan domain name korang untuk reference supaya senang dorang nak rujuk.
Korang akan dapat email pengesahan dan juga email berkaitan maklumat CPanel korang (macam di bawah). Simpan email tu untuk rujukan akan datang nak jangan sesekali kongsikan dengan sesiapa, terutama username dan password.
cara beli domain dan hosting dari netkl resit
Penutup
Akhir sekali, usah terburu-buru nak dapatkan pakej yang mahal, bermula dengan pakej mampu milik pun sudah memadai. Sekiranya blog mampu bergi lebih jauh, barulah naik taraf ke pakej yang lebih mahal. Diharap panduan yang aku kongsikan ini dapat bantu korang untuk dapatkan gambar lengkap tentang cara beli domain dan hosting.
Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan di ruangan komen.
Jumpa lagi! 🙂


Tiada ulasan:

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.