Random Posts

Resepi Kek Roti Gardenia


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Resepi Kek Roti Gardenia


Kek Roti Gardenia.  |   Tak sangka roti gardenia pun boleh buat roti, pok ucu baru tahu hehehe ....


Pok Ucu hanya kongsikan sahaja resepi ini, jom kita lihat apa yang menarik tentang resepi ini.... 


Resepi yang dikongsikan dari : CT Liz
#CT Liz





Kek Roti Gardenia


Bahan-bahannya

7-8 keping roti gardenia
3 biji telur gred A
1/2 cwn minyak masak
3 sdb susu pekat
1/4 cwn gula
1/2 sdb serbuk penaik
1 sdt esen vanila
Pewarna kesukaan



Cara-caranya 


1 - blenderkan gula campur telur sehingga kembang

2 - masukkan minyak masak,susu pekat,serbuk penaik dan esen vanila

3 - kemudian masukkan roti..
## semua di blender

4 - bahagikan kepada 3 bahagian
Warnakan..adunan mesti boleh ditulis no8.. Jika terlalu pekat tambah telur campur sedikit minyak. Jika terlalu cair tambah roti gardenia..masukkan berselang seli dlm loyang...

5 - bakar sehingga masak
Ikut kepanasan bergantung kepada cara masing-masing.. Selalunya 1/2 jam sahaja.... 


Senangkan resepinya, bolehlah anda cubanya sendiri... 


Sekian " Terima Kasih " ....

Tiada ulasan:

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.