Random Posts

Sayangi Manusia Lain


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Sayangi Manusia Lain






عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَرْحَمُ اللَّهُ مَنْ لَا يَرْحَمُ النَّاسَ

Dari Jarir bin Abdullah berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Allah tidak akan menyayangi sesiapa yang tidak menyayangi manusia." (HR Bukhari  No: 6828) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sifat saling mengasihi dan menyayangi sesama manusia adalah suatu keperluan dalam mewujudkan kehidupan yang rahmah, harmoni dan berkasih sayang.

2.  Menyayangi sesama manusia dengan cara menunaikan tanggungjawab yang menjadi hak orang lain yang berada di sekelilingnya. Antara tanggung jawab tersebut seperti sabda Rasulullah: 

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ

Hak seorang muslim terhadap muslim yang lain itu ada enam: (iaitu) apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam, apabila dia mengundangmu, penuhilah undangannya, apabila dia meminta nasihat kepadamu, nasihatilah dia, apabila dia bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, doakan dia (dengan mengucapkan Yarhamukallah), apabila dia sakit, jenguklah dia, dan apabila dia meninggal, iringilah jenazahnya.” (HR. Muslim 4023) Status: Hadis Sahih

3. Memberi hak seadilnya kepada orang yang bersama dengan kita mahupun yang tidak bersama kita juga kepada yang bukan Islam.

4. PRU 14 baru berlalu, pertautkanlah kembali hubungan silaturahim dan ukhuwah serta hormat menghormati antara satu sama lain. Raikanlah perbezaan antara kita. Mana-mana yang kita bersetuju, kita sokong dan mana-mana yang kita berbeza, saling menghormati dan bermaafan.

5.  Sesiapa yang tidak menyayangi orang lain, Allah tidak akan menyayanginya

Ayuh kita menyayangi orang lain agar kita sentiasa disayangi. 

#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

12hb Mei  2018
26 Syaaban 1439H

Tiada ulasan:

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.