Random Posts

RESEPI : KEK AISKRIM


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

RESEPI KEK AISKRIM



RESEPI KEK AISKRIM   |   Ada yang suka makan aiskrim tak ? Ada yang suka makan kek ? , mesti ada bukan , saya sendiri puka suka dan merupakan makanan kegemaran , sesuai sangat untuk pencuci mulut , pada kali ini saya nak gabungkan keduanya menjadi satu ....



RESEPI KEK AISKRIM


Mesti ada diantara anda yang tidak tahu tentang KEK AISKRIM ? saya rasa mesti yang kerap ke restoran atau mana-mana kedai kek untuk mencarinya , apa kata anda cuba membuat sendiri , cukup mudah dan senang , jom kita lihat bahan-bahannya dan cara untuk membuat KEK AISKRIM ;







Bahan-bahan :

8 biji kuning telur
4 biji putih telur
110 gm tepung Superfine
120 gm gula halus
120 gm badam halus
60 gm air
2 camca sedang minyak jagung
50 gm badam cincang
60 gm coklat urai

Bahan-bahan A (untuk aiskrim):

40 gm gula halus
2 biji kuning telur
180 gm susu segar sejuk1 camca teh vanila
Putar hingga pekat

Bahan-bahan B (untuk aiskrim):

180 gm krim putar
90 gm susu segar sejuk 
1 camca teh vanilaPutar hingga pekat
Bahan-bahan C (untuk aiskrim):
80 gm gula halus
3 biji kuning telurDipukul hingga pekat
Bahan-bahan disapu di atas kek:
250 gm krim putar
100 gm susu segar

Cara:

Kacau kuning telur bersama sebahagian gula hingga kembang.
Masukkan badam halus dan air. Kacau hingga rata. Kacau putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga pekat. Masukkan tepung dan adunan kuning telur. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung.
Kacau lagi. Tuang adunan ke dalam acuan 25.40 sm x 25.40 sm (10 inci x 10 inci). Bakar 30 minit. Apabila kek masak sejukkan dan belah dua.
Susun kek di dalam acuan berukuran 22.88 sm x 22.88 sm (7 inci x 7 inci). Tuang setengah bahagian aiskrim yang dibubuh coklat urai dan letakkan kek di atasnya. Tuang pula aiskrim yang dibubuh badam.
Ratakan. Kemudian simpan di dalam kotak dingin beku enam jam.

Cara membuat aiskrim:

Satukan bahan-bahan A, B dan C. Kacau hingga sebati. Bahagi adunan dua bahagian. Satu bubuh badam cincang bakar dan satu lagi bubuh coklat urai.
Cara membuat bahan-bahan untuk disapu di atas kek:
Sejukkan kedua-dua bahan dan pukul hingga pekat. Kemudian sapu pada seluruh kek.


Terpulang pada anda nak membuat sebanyak mana , mengikut selera anda sendiri , saya harap resepi kali ini akan membuat anda seronok dan mana yang mengidam tu , boleh cuba membuatnya , kerana resepinya agak senang mudah dan cepat ...

Anda Juga Boleh Memcuba Resepi-resepi Kek yang lain ;




Selamat Memcuba , Sekian " Terima Kasih " ...

Tiada ulasan:

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.