Random Posts

Nasi Kukus



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Nasi Kukus KAK TEH (taman banting baru , banting ,selangor)


Nasi Kukus KAK TEH (taman banting baru , banting ,selangor)   |   Perut sudah berkeroncong,tengahari ini tidak tahu hendak makan di mana dan kemana,sekarang dah la hujan pulak tu,aduh saya cuma ada motor sahaja.

Bila di fikirkan balik baik tak payah pergi jauh-jauh,berdekatan dengan tempat kerja jadilah asalkan perut kenyang...

Ayam Rempah





Nasi kukus dia memang cukup sedap dan ayam rempahnya sungguh besar.Di tambah lagi dengan ulam

Jeruk nanas

Dan

Timun Batang

Heheheh,memang cukup-cukup sedap dan menyelerakan,sampai makan pun tak ingat dunia,Nak lagi sedap 

Sambal Belacan kalau mahu pedas,saya tak suka makan pedas sebab pantang.

Inilah Dia Nasi Kukus Yang Lengkap Dengan
-Ayam Rempah 
-Timun Batang
-Jeruk Nanas
-Sambal Belacan
Dan
-Kuah Ayam Gulai (Hanya kuah sahaja)

Nasi Kukus Yang Lengkap.

Mesti kena banjir kuahnya,kalau tidak memag tak cukup dan tidak berapa ngan dengan Nasi Kukusnya.

Kuah Gulai ayam yang banjir...

Perghhhhh! sedap bukan?kau orang tengok pun mesti terliur sampai keluar air liur dan menitis...

hah! tengok tu dah lap ngan tangan dah air liur,ternyata kau orang memang terliur sangat-sangat bukan?

Inilah kuah banjirnya,memang banjir sngat-sangat...
hehehehe...

Alhamdulillah , perut sudah kenyang,akhirnya habis jugak,maaf la ek sebab tak boleh nak kongsi,tak cukup.

Habis sudah,nati kalau ada masa kau orang datang la ek! dekat taman banting baru,banting,selangor areal KEM TUDM...

SEKIAN TERIMA KASIH

JUMPA LAGI
SEE YOU LATER,Ceh Speakin la pulak,Rosak bahasa orang nanti...

Ok! bye-bye
SELAMAT MENJAMU SELERA


Sekian " Terima Kasih " ...

1 ulasan:

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.