Random Posts

RESEPI : KEK LAPIS PRUME YANG SEDAP




Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 



RESEPI : KEK LAPIS PRUME YANG SEDAP



RESEPI : KEK LAPIS PRUME YANG SEDAP.    |    Di tahun 2020 ini pok ucu ingin kongsikan resepi kek yang sangat sedap untuk anda menikmati juadah di waktu petang, kek yang sangat sedap, lembut dan rasa masam,masam manis daripada buah prume.... 



KEK LAPIS PRUNE






Lapis legit berempah (spekoek)



Bahan A

20 biji kuning telur grade A
5 biji putih telur
200gm gula caster (kalau suka manis boleh lebihkan)
1 sdb ovalette
150gm tepung Hong Kong ataupun tepung superfine(high ratio)
Pukul bhn A hingga kembang, gebu Dan pekat.
Ketepikan.



Bahan B


500gm butter
200gm susu pekat manis
50gm golden syrup
3 sdt rempah spekoek 
2 sdt esen vanilla
2 sdt pewarna kuning telur



Cara Membuatnya


Pukul bhn B hingga berkrim
Satukan bhn A Dan B.

Kacau dgn senduk kayu hingga sebati.

Loyang 8x8 inci dilapik parchment paper Dan disapu butter.

Panaskan oven dgn fungsi grill (api atas shj).

  1. Letakkan 5 sdb adunan ke dlm loyang, ratakan.
  2. Suhu oven 170c hingga 180c bergantung pada oven masing2.
  3. Bakar 5 hingga 7 minit atau hingga permukaan kek bertukar warna gelap.
  4. Bakar di atas api sehingga habis.
  5. Terakhir, tukar pada suhu 150c api atas bawah.
  6. tutup loyang dengan aluminium foil Dan bakar 10 minit.
  7. Siap.


Bagaimana?  Senang dan mudah tak resepinya, segala resipi yang di kongsikan di Laman web ini, adalah sumber dari group telegram @ResepiDuniaMasakan ...


Sekian " Terima Kasih " ...



Kredit By :
 wan raudzah wan ismail

Jemput kawan join telegram :

 @ResepiDuniaMasakan

Tiada ulasan:

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.