Random Posts

Minum Air Kosong Pun Boleh memudaratkan Kesihatan?


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera 



Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan ? 



Minum Air Kosong Pun Boleh Memudaratkan Kesihatan?    |    Biar betul minum air kosong pun boleh memudaratkan kesihatan,  Pok Ucu Seolah-oleh tidak pecaya yang minuman tanpa perisa, gula, pewarna dan sebagainya boleh memudaratkan kesihatan juga.....


mudaratkan kesihatan



Badan manusia memerlukan lebih kurang 2 liter air sehari.


AIR memainkan peranan penting dalam hampir setiap fungsi utama badan manusia.

Setiap sistem dalam tubuh memerlukan air, bahkan sebahagian besar badan merangkumi cecair itu.

Air mengawal suhu badan, pembawa nutrien dan oksigen, menyahkan bahan buangan, menolong menyahkan toksik daripada buah pinggang dan hati, melarutkan vitamin dan mineral dan menghalang badan daripada kecederaan.


Setiap hari badan manusia dewasa meminum lapan gelas sehari atau dua liter sehari. Namun tahulah anda jika badan terlebih kandungan air, ia boleh memudaratkan kesihatan.

Pakar kesihatan percaya terlebih air dalam badan boleh menyebabkan hyponatremia yang memberi kesan kepada sel darah dan membengkak dan kekurangan tahap sodium.

Lebih serius, mabuk air boleh menyebabkan serangan penyakit jantung secara tiba-tiba dan membawa kepada koma.


Air terlalu banyak dalam tubuh badan boleh mendatangkan kemudaratan.

Tanda-tanda terlebih air dalam badan

1. Anda berasa hilang arah apabila air dalam botol habis selepas meminumnya.

2. Anda terlalu risau dengan warna air kencing dan terus meminum air untuk menjernihkannya. Namun tahukah anda apabila air kencing terlalu jernih ia bermakna badan mengalami hidrat.

3. Anda kerap terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil. Jika lebih daripada 10 kali, bermakna anda telah meminum air lebih daripada sepatutnya.

4. Jika anda minum terlalu banyak air, ia boleh menyebakan buah pinggang tidak sempat untuk memproses dan membuang daripada badan sekaligus menyebabkan air itu berkumpul dalam sistem badan.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan berjumpa doktor sekiranya mengalami masalah kerap kencing dan selalu dahaga.


Sekian " Terima Kasih " ....


Tiada ulasan:

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.