Random Posts

KEK SPAN PANDAN OGURA



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


KEK SPAN PANDAN OGURA


KEK SPAN PANDAN OGURA   |   Anda mesti tertanya-tanya dari mana pok ucu mendapatkan resepi-resepi menarik untuk di kongsikan dalam blog ini,pok ucu sebenarnya dapatkan resepi-resepi ini dari group telegram ....


Resepi-resepi tersebut di kongsikan dan pok ucu pun kongsikan di dalam blog ini untuk anda yang inginkan resepi-resepi yang ringkas,senang lagi sedap ...


https://drive.google.com/uc?export=view&id=1oI9hztTL0WIu6a-s4_q69DZ_E8KaZscW


KEK SPAN PANDAN OGURA


BAHAN-BAHAN:


Bahan A

5 biji kuning telur gred A + 1 biji telur gred A
65gm minyak jagung

90gm susu segar / santan

2 sudu besar pes pandan
70gm tepung naik sendiri atau tepung kek
Cara-Cara:
Kacau telur dengan menggunakan pemukul putar. Masukkan minyak jagung dan kacau lagi.
Masuk susu atau santan dan pes pandan. Kacau seketika.
Masukkan tepung dan kacau sampai sebati. (Sebelum itu tepung di ayak)
Kalau masih berketul tapis adunan.


Bahan B

5 biji putih telur gred A
70 gm gula halus/ gula kastor


Cara-cara:

  1. Pukul telur putih dalam mangkuk bersih dan kering.
  2. Sambil pukul masukkan gula sedikit demi sedikit
  3. Pukul sampai jadi meringue yang soft peaks.
  4. Masukkan 1/3 meringue ke dlm mangkuk kuning telur (bahan A) tadi dan kacau sebati (perlahan-lahan)
  5. Masukkan pula semua ke dalam baki putih telur tadi.
  6. Kacau sampai semuanya sebati dan tuang ke dalam loyang 7″ yang di lapik dengan baking paper sekelilingnya
  7. Hentak-hentakkan loyang dulu untuk mengeluarkan udara yang ada dalam adunan.
  8. Bakar cara waterbath iaitu letak air panas dalam loyang lain selama 1 jam. Pada 30 minit pertama bakar pada suhu 160°, 30 minit terakhir 140°
  9. Bila kek sudah masak jangan keluarkan terus, renggangkan pintu oven selama 10 minit
  10. Akhir sekali terbalikkan kek atas redai untuk disejukkan
  11. Loyang di hentak perlahan untuk mengeluarkan gelombang udara didalam adunan.
  12. Proses Waterbath – Loyang di letak atas dulang yang berisi air panas



https://drive.google.com/uc?export=view&id=16yuZIWj2ehQhzz1rP-lCNkyg7YUHSE3h


Semoga resepi yang di kongsikan menjadi panduan kepada anda untuk belajar buat yang terbaik...

Sekian " Terima Kasih " ....

Tiada ulasan:

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.