Random Posts

Aidiladha Yang Suram...


Assalamualaikum,terlebih dahulu saya ingin mengucapkan 


Bangun pagi-pagi tiada apa pun kedengaran seperti hari-hari biasa.



Tahun ini saya menyambut AIDILADHA di perantauan,kerana tidak dapat cuti balik ke kampung.

Tanpa mendengar keriuhan dan suasana bising oleh anak-anak buah (anak saudara),Tak perlu nak gosok baju melayu dan apa-apa sahajalah...

Orang lain bangun pagi-pagi pergi solat sunat AIDILADHA dan ke tempat penyembelihan,tapi saya bangun pagi-pagi sarungkan baju kerja dan buka kedai 10pagi sampai 10malam...

Apa yang bermain di fikiran saya sekarang ini adalah ''macam manalah sambutan di kampung,mesti meriah dengan anak buah yang ramai,adik-beradik semua ada,mesti ibu saya paling sibuk dan penat".

sungguh meriah lagi jika saya ada bersama-sama mereka,dapat daging boleh buat

SATAY

SUP

Dan

DAGING MASAK KICAP

Itulah kegemaran saya bila dah terlalu banyak sangat dapat daging lembu...

Ada lagi jangan risau

SUP TULANG

DAN JUGA

PERUT LEMBU AIR ASAM

tapi saya tak suka kalau pedas sangat.

Itu hanya bermain di minda saya sahaja,kalau saya dekat kampung,apa yang saya nak makan mak pasti akan masakkan,al-maklumlah anak lelaki kesayangan yang bongsu...

Hehehehe...
itu sahaja yang dapat saya ceritakan,apa-apa pun selamat hari raya aidiladha kepada semua tak kira diman sahaja anda berada...

sekian "terima kasih"


2 ulasan:

  1. Whuaaa !!!! Sedapnye !!!!!!! selamat ari raya kaymiee (^_^) makan banyak2 heehehee

    BalasPadam

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.