Random Posts

[ FOTOGRAFI ] Keunikan Fotografi Tinframerah

Pencarian saya di teruskan dalam laman sosial popular iaitu facebook,setelah mencari dan terus mencari terjumpa page Jiwagrafi,bila melihat profil dan gambar-gambar beliau saya cukup berkenan dengan teknik editor inframerah,jika ada kesempatan saya mahu menghubungi beliau dan berkenalan...

memang cukup menarik dan memukau setiap orang yang melihat gambar-gambar beliau,saya tidak tahu siapakah pemilik dan nama laman page Jiwagrafi ini...


 FOTOGRAFI INFRAMERAH
Beliau seperti sesetengah jurufoto lain juga gemar berkongsi foto-foto hasil karyanya di media sosial facebook.foto bertemakan inframerah adalah antara yang paling kerap di muat naik untuk tatapan para sahabat.





Fotografi inframerah kedengaran agak teknikal bagi sesetengah orang.



secara mudahnya,kamera yang digunakan untuk fotografi inframerah ini diubahsuai iaitu dengan memasang penuras (filter) di dalam badan kamera.


Fotografi inframerah juga terbahagi kepada dua iaitu 'infrared' dan 'false colour' kategori 'infrared' sesuai untuk landskap pemandangan ,manakala 'false colour' pula cenderung kepada potret model dan sebagainya.

SUBJEK BERSESUAIAN


subjek bagi fotografi inframerah juga bergantung kepada kecenderungan seseorang jurufoto itu sendiri.
jika filter mereka cenderung ke arah 'false colour' ,kebanyakannya akan mencari subjek manusia (potret) seperti kanak-kanak dan model.sebaliknya,jika mereka lebih menggemari 'infared',subjek yang sesuai ialah landskap atau pemandangan,sebagai contoh sawah padi,perkampungan nelayan,bangunan,dan sebagainya. 


Tip untuk jurufoto yang ingin mencuba kaedah fotografi inframerah.

1 - wajid mempunyai kamera yang sudah diubahsuai kerana kamera ialah senjata utama.
2 - mempunyai lensa-lensa yang sesuai kerana tidak semua lensa boleh digunapakai untuk fotografi inframerah.
3 - rajin mencari subjek.
4 - faham keadaan cuaca dan suhu yang sesuai.
5 - jangan malu untuk bertanya kerana sifat malu bertanya ialah salah satu faktor untuk gagal.

Saya mengambil beberapa keping gambar dari laman page beliau untuk dijadikan tatapan kepada anda.

sekian terima kasih....


.please leave your comment here. onecomment was fine! hehehehe....

Tiada ulasan:

Terima kasih di atas komen yang diberikan. ..

Dikuasakan oleh Blogger.